Thursday, September 17, 2009

Something in Malay

Dah nak raya, yey yey. Hik2.. Kuih aku dah siap, I'm in charge of making 2 kuih raya tahun nih, and I did it all by my self, sambil di perhatikan oleh kakak, mak dan ayah.. Yaaa benar... mereka perhatikan sahaja sambil discuss isu2 di Petronas. Semalam dari pukul 8mlm sampai 11.30, aku duduk di dapur membuat biskut femes aku, chocolate chip almond. Yeaaaah, biskut yang membuat jejaka dan gadis jatuh hati dengan aku. muahahahah... Aku suka gile tgk reaksi org bila mkn biskut aku. Mana tak nyer, penat la wei.. penaat you know.. nasib baik oven yg berumur 18 thn tu masih lagi leh pakai, cepat gak nak siap buat kuih tuh. Yaa dengan riaknya aku berkata, my raisin oatmeal dan chocolate chip almond lebih sedap dari any store bought cookies. Famous Amos, eat your heart out...

Memang la kuih aku agak hodoh rupa dia, ye la.. takde color2, takde nak hias dengan gula la, manik la, ceri la, whatver lah.. tapi sekali makan.. haaa baru ko tau best ke tidak. Bahan2 pun simple jer, takde la nak kena beli yg pelik2 sangat, semua barang kat kedai runcit biasa pun jual, except maybe chocolate chip, almond slivers, cinnamon dan nutmeg.. tu kena pi kedai runcit luar biasa kot.. Raya tahun macam raya tahun lepas, balik kampung bwk keta honda baru.. yaaaa kereta honda baru, sekali lagi.. tapi ni kakak aku yang masih single itue yang beli, dia beli pun sebab ayah aku bayar kat dia kereta myvi dia tuh, supaya adik perempuan aku leh pakai, so daripada beli secondhand kat tah siapa, baik beli kat keluarga sendiri kan.... at least aku tau gak ape yang rosak and so on kat keta tuh.. So kakak aku setelah di manipulate oleh ayah aku, akhirnya membeli sebuah Honda Jazz. Nice car, safety rating dia tinggi giler di EuroNCAP, NHTSA, dan IIHS, tapi yang model kat Malaysia ni takde side airbags and curtain airbags, tapi at least aku tgk, kereta ni teguh la, jika malang tak berbau kan...


Anyways mysteri primer aku, telah di selesaikan oleh the lovely dr shahriza, yang sudi menolong diriku yang sentiasa blur ini, pasni takde la seram sangat jumpe dgn wendy yg baru saje habis Viva dan akan buat phd.. T_T and takde la rasa mcm nak mengelak dari jumpe dr shahril di surau tingkat 3 or cube melarikan diri dari prof wan dengan menyorok di library atau di animal house.. yaaa masuk sem 5 pun mahu sorok2 lagi? hell yeah.. selagi boleh menyorok, selagi tu aku akan buat okay...

Baju raya semua dah ade, kasut dah ade, songkok dah ade, butang raya ade, hmm undies raya? jeng2.. tak kot.. byk pula dah kumpul, dan byk lak dh aku buang, kerana tidak lagi menyerupai sebuah pakaian dalaman... okay la kot.. just harap pinggang ni muat lagi time raya.. huhuh

okay sekian sahaja rambling aku dalam bahasa melayu. BTW, this is how I actually speak in real life in Malay, friends and family will notice, how the idea constantly shifts without notice and how long I could go on with my nasal voice. The only thing that you can't see is how animated I can be when talking, filled with sound effects and expressions..

2 comments:

Shopaholic_Sinful said...

wahhhh drive safely balik kampung nanti... :D

btw... nanti i nak try la makan biskut raya u,... :D

Unknown said...

sinbad:lol sure thing :D