Monday, November 23, 2009

Perodua Alza

Wah, Alza, sedap nama, boleh bagi nama anak nih. Ia dikatakan telah di ambil dari perkataan Sepanyol iaitu Alza, yang bermaksud naik (boleh check kat google translate tau). Oleh itu, nama sebenar MPV Perodua ini adalahm Perodua Naik, jadi marilah kita naik Perodua Naik :D. Buat masa ini saya masih tidak dapat melihat MPV ini dengan lebih dekat, oleh itu saya akan menyenaraikan ciri-ciri yang terdapat di MPV ini.


  • Engin yang di gunakan sama jenis dengan Perodua Nautica, Toyota Avanza, dan Toyota Rush, tetapi engin Alza di buat di Malaysia.
  • Memuat 7 orang penumpang, tetapi seperti kebanyakkan MPV, 2 tempat duduk di belakang sesuai untuk mereka yang 163cm ke bawah.
  • Ada versi manual dan automatik untuk versi standard dan premium.
  • 6 warna pilihan, termasuk 3 warna metalik istimewa.
  • Di lengkapkan dengan 2 beg udara berkembar, ABS, BA dan EBD. Tempat duduk barisan kedua boleh di gerakkan ke depan atau kebelakang untuk memudahkan keluar masuk serta memberi tempat duduk kedua atau ketiga ruang kaki yang secukupnya. (Exora takde)
  • Harga dari RM 55,490 hingga RM 64,190

Serba sedikit perbandingan dengan Exora

Exora/Alza

  • Engin 1.6 liter Campro CPS/Engine 1.5 liter DVVT
  • 125 bhp pada 6500 RPM, 150 nm pada 4500 RPM/104 bhp pada 6000 RPM, 136 nm pada 4400 RPM
  • Besar/Kecil
  • 1442kg/1115kg
  • Di cipta mengunakan rangka baru yang menjadi asas pada model2 akan datang/Di cipta berdasarkan rangka sedia ada iaitu Myvi.
  • Original/Di ambil dari Daihatsu tetapi di reka semula di Malaysia
  • Ada saluran penghawa dingin ke tempat duduk belakang/Tiada saluran penghawa dingin ke tempat duduk belakang

Teori

Alza akan melebihi jualan Exora kerana ramai percaya quality Perodua lebih baik dari Proton, akan tetapi Exora lebih besar oleh itu lebih selesa di naiki 7 orang. Tetapi jualan Perodua secara umum lebih tinggi dari Proton. Myvi mengalahkan semua kenderaan Proton. Tetapi Saga secara umum jual lebih banyak dari Viva, tetapi Viva jual lebih banyak berbanding kereta Proton yang lain. Tetapi yang menjadi mangsa pastinya, Naza Citra, Toyota Avanza, dan Nissan Grand Livina, kerana sekarang mereka mepunyai lebih banyak persaing.

*nota kaki

pegi la test sendiri, dari dok mengutuk2 kan, dah test, nanti baru leh kutuk. okeh..

5 comments:

Zharif said...

masing2 punya citarasa hehehe... tapi proton mmg tak boleh kalahkan produa... byk kuarkan produk2 sampah cth: tiara n juara... :(

Unknown said...

putra:
proton juga menghasilkan beloved prizes jewels mcm Satria Gti dan Putra :D.. eh you bwk putra yek :p

hehe

quite nice, tak nampak mcm van.. nampak mcm keta lagi..

tah2, org bujang pun gi beli gak, sebab bonet besar..

Lazyf said...

Proton vs Perodua...
Both has it pros n cons...

Btw, i da view kereta ini 3x...hehehe...i like it!!!

Zharif said...

hmm.. enjin alza 1.5 masuk kat myvi :P agak2 boleh boleh ke?

Unknown said...

putra:secara theorinya boleh.. sebab kat UK ade sirion 1.5, so leh jer nak transfer kan, kalau tetiba jumpe alza yg dh hancur tapi engine okay :D